Sambutan Aidilfitri Pusat Internet Desa Parit

Posted by KUSPID Parit On Friday, October 30, 2009 0 comments

Memandangkan Hari Raya masih tinggal saki baki lagi, kami telahpun mengadakan Jamuan Hari Raya dan Hari Terbuka PID Parit pada 15 Oktober 2009 (Khamis) yang lalu. seramai hampir 150 orang yang datang menghadiri jamuan tersebut yang terdiri daripada Ahli Kelab KUSPID Parit dan pengguna PID Parit. Jabatan Kerajaan juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi jamuan ini.



Ucapan Tn. Hj. Idris (Tim. Pengerusi)


Ucapan daripada Pengurus- Cik Zarina.

AJK PID bersama bekas pengerusi PID yang sentiasa memberi sokongan kepada pid




Anggota Polis turut menghadirkan diri di PID


Pelbagai juadah disediakan



Sebahagian tetamu jemputan yang hadir.


Sebahagian daripada ahli Kelab KUSPID Parit

Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis kami dan diharap berpuas hati dengan makanan dan hidangan yang disediakan.

Tidak ketinggalan kepada PID Langkap dan Kuala Kurau yang sudi berkunjung ke majlis kami. Terima kasih daun keladi, kalau ada sponsor boleh buat lagi.


Tetamu Jemputan:

1. Ahli Jawatan Kuasa PID Parit
2. Ahli Kelab Usahawan PID Parit
3. Pelajar dan bekas pelajar PID Parit
4. Wakil PID Perak (Kuala Kurau dan Langkap)
5. Kakitangan Pos Cawangan Parit
6. Pengetua SMK Iskandar Shah Parit
7. Pengerusi Taman Parit Jaya
8. Kakitngan Klinik Komuniti Parit
9. Kakitangan Agro Bank Parit
10. Kakitangan Bomba & Penyelamat Parit
11. Kakitangan Polis
12. Kakitangan MARA Parit
13. Kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan Parit (PPK)
14. Kakitangan Rumah Rehat Chempaka Sari
15. Komuniti sekitar PID

tidak ketinggalan juga kehadiran tetamu khas iaitu bekas pengerusi Jawatankuasa PID iaitu Tn. Hj. Hisham bersama isteri kerana sudi datang ke PID walaupun jauh.














Hari Terbuka PID Parit dan PID Langkap

Posted by KUSPID Parit On 0 comments

Pada 11 Oktober 2009 bersamaan Hari Ahad yang lalu PID Parit dan PID Langkap bekerjasama di dalam menyertai Program Merakyatkan Seni Budaya 1Malaysia dan Program Merakyatkan Seni Budaya Sambutan Aidilfitri DUN Sungai Manik 2009 Anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di Langkap Perak. Berbagai acara yang dianjurkan oleh kami dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Penayangan DST, Menaip dengan Pantas, Teka Silang Kata dan Menganyam Ketupat disamping mempromosikan produk usahawan dan pembelajaran komputer.



Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama JASA dari Kementerian Penerangan Komunikai dan Kebudayaan yang sudi meminjamkan speaker kepada kami memandangkan suara tidak dapat kedengaran dengan jelas.

Objektif :
1. Untuk merapatkan kerjasama dua hala di antara PID Parit dan PID Langkap.
2. Mempromosi PID dan KUS kepada komuniti Langkap yang berkonsepkan 1Malaysia.
3. Bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri dan Seni Budaya ADUN Sungai Manik.

Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan.



Peserta lelaki yang tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pertandingan menganyam ketupat



Zarina dan Ana semasa memberi taklimat aktiviti



Belia bangsa Cina turut sama dalam pertandingan silang kata IT




Apa yang penting.....Kerjasama















Kelab Usahawan PID Parit

Posted by KUSPID Parit On Wednesday, October 28, 2009 0 comments


Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa Parit (PID). Ditubuhkan pada bulan Jun 2008. Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersil dan sosial.


Objektif Kelab Usahawan Sosial:

  1. Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka.
  2. Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial
  3. Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial.
  4. Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

Maklumat lanjut aktiviti KUS PID Malaysia sila layari http://malaysiakuspid.blogspot.com/


Subscribe to Feed