KARNIVAL KEUSAHAWANAN SOSIAL (KKS) PID 2010

Posted by KUSPID Parit On Friday, July 2, 2010 0 comments

Pusat Internet Desa (PID) diseluruh Malaysia akan mengadakan PID Se Fair 2010. Bermula daripada 15 Jun sehingga 18 Julai. Terdapat Bengkel,Mini Expo dan e-Karnival untuk membuka peluang kepada komuniti setempat menambahkan pendapatan dengan penjualan barangan secara terus ataupun penjualan secara maya.

Karnival Usahawan Sosial PID?
Sebuah program yang berteraskan ICT.
Inisiatif kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.
Program yang dikelolakan oleh Pusat Internet Desa PID
Bertujuan mengalakan aktiviti Keusahawanan di samping melahirkan usahawan baru di kalangan komuniti setempat.

Karnival Usahawan Sosial PID 2010?
Peluang untuk Usahawan memperluaskan penjualan produk.
Melahirkan Usahawan baru dengan menggunakan e-kedai di Portal PID www.pid.net.my
Aktiviti-aktiviti yang berteraskan keusahawanan dan ICT.
Jual beli secara online.

Apa Yang Anda Dapat?
Meningkatkan taraf kehidupan disamping menjadi usahawan peringkat global.
Merapatkan jurang digital melalui sesi kelas-kelas ICT dan bengkel-bengkel keusahawanan.
Mempromosikan produk-produk tempatan dan perkhidmatan masing-masing.

Keistimewaan?
Mini ekspo (pameran dan jualan).
e-Karnival - jual beli secara maya(online).
aktiviti/pertandingan berteraskan ICT dan Keusahawanan.
Forum/Bual Bicara bersama Usahawan berjaya.
Anugerah bagi yang terlibat di dalam Karnival.


Subscribe to Feed