KARNIVAL KEUSAHAWANAN SOSIAL (KKS) PID 2010

Posted by KUSPID Parit On Friday, July 2, 2010 0 comments

Pusat Internet Desa (PID) diseluruh Malaysia akan mengadakan PID Se Fair 2010. Bermula daripada 15 Jun sehingga 18 Julai. Terdapat Bengkel,Mini Expo dan e-Karnival untuk membuka peluang kepada komuniti setempat menambahkan pendapatan dengan penjualan barangan secara terus ataupun penjualan secara maya.

Karnival Usahawan Sosial PID?
Sebuah program yang berteraskan ICT.
Inisiatif kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.
Program yang dikelolakan oleh Pusat Internet Desa PID
Bertujuan mengalakan aktiviti Keusahawanan di samping melahirkan usahawan baru di kalangan komuniti setempat.

Karnival Usahawan Sosial PID 2010?
Peluang untuk Usahawan memperluaskan penjualan produk.
Melahirkan Usahawan baru dengan menggunakan e-kedai di Portal PID www.pid.net.my
Aktiviti-aktiviti yang berteraskan keusahawanan dan ICT.
Jual beli secara online.

Apa Yang Anda Dapat?
Meningkatkan taraf kehidupan disamping menjadi usahawan peringkat global.
Merapatkan jurang digital melalui sesi kelas-kelas ICT dan bengkel-bengkel keusahawanan.
Mempromosikan produk-produk tempatan dan perkhidmatan masing-masing.

Keistimewaan?
Mini ekspo (pameran dan jualan).
e-Karnival - jual beli secara maya(online).
aktiviti/pertandingan berteraskan ICT dan Keusahawanan.
Forum/Bual Bicara bersama Usahawan berjaya.
Anugerah bagi yang terlibat di dalam Karnival.


Bengkel Golongan TERISTIMEWA...

Posted by KUSPID Parit On Monday, June 28, 2010 0 comments

Tarikh: 24 Jun 2010 (Khamis)
Tempat: Pusat Internet Desa Parit
Masa: 9.30 pagi - 11.30 pagi
Peserta : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Parit juga penglibatan dari penjaga serta guru.



PID Parit mendekati golongan TERISTIMEWA ...merupakan pengalaman kali pertama pada kami sebenarnya. Kami turut dibantu 2 orang sukarelwan yang merupakan pelajar PID sendiri. Pada awalnya agak kekok untuk kami mendekati insan-insan TERISTIMEWA ini. Mereka kelihatan agak malu-malu. Lama-kelamaan mereka menjadi lebih rapat dan sungguh teruja untuk meneruskan aktiviti. 2 jam bersama mereka merupakan kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan. Nurul....Habrah...Wei Wei...Arif...Adawiyah....Aini dan Salehuddin...anda semua terlalu ISTIMEWA buat kami.


Bengkel eLearning- Kanak-kanak Tabika

Posted by KUSPID Parit On 0 comments

Tarikh: 23 Jun 2010 (Rabu)
Tempat : Pusat Internet Desa Parit
Masa : 9.30 pagi -11.30 pagi
Peserta: Tabika Kemas Serapoh juga penglibatan daripada para guru dan penjaga.

Pengisian:
Pengenalan kepada keyboard dan mouse. Online learning dan online games.

Seramai 16 orang peserta bengkel yang berumur sekitar 4 hingg 6 tahun. Bengkel ini kelihatan berjaya menarik minat peserta di samping memberi peluang serta pendedahan awal kepada anak-anak.. ibarat kata pepatah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung". Pihak PID dan juga guru bercadang untuk meneruskan program ini pada masa-masa akan datang.













Bengkel ICT

Posted by KUSPID Parit On 0 comments

Tarikh: 26 Mac 2010, 26 Mei dan 16 Jun 2010
Tempat : Pusat Internet Desa Parit
Jumlah Peserta : 39 orang

Pengisian:
Pengenalan kepada komponen-komponen komputer. Penggunaan internet, web 2.0, penggunaan enjin carian dan komunikasi melalui internet.











Sesi Bengkel









Ujian Kefahaman











Para peserta



























































































MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 2010

Posted by KUSPID Parit On Thursday, June 10, 2010 0 comments

Alhamdulillah Pusat Internet Desa Parit telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Sijil kepada 26 orang peserta Kursus Asas Komputer. Ini merupakan peserta kumpulan pertama bagi tahun 2010. Sijil-sijil telah disampaikan oleh Tn. Hj. Idris b. Adam selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Internet Desa Parit. Tidak lupa juga pemberian Sijil Anugerah Khas kepada En. Jamaludin b. Jein yang telah memenangi tempat pertama kategori Usahawan Sosial Baru PID 2009. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada AJK PID yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan majlis ini. Jamuan tengahari adalah disumbangkan oleh YB Drs Mohd Nizar b. Hj. Zakaria selaku Ahli Parlimen Parit. Beliau tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis kerana ketika itu beliau masih lagi berada di pengairan yang terlibat dalam Misi Bantuan Fortilia.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta!!!







Pemberian sijil kepada salah seorang peserta














Subscribe to Feed