Aktiviti Sepanjang GEW 2009

Posted by KUSPID Parit On Friday, December 11, 2009 0 comments

Hari Terbuka PID Parit dan PID Langkap
Tarikh : 11 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat: Tapak Pekan Sehari, Langkap
Masa :9.00 pagi - 1.00 t/hari

Aktiviti yang dijalankan:
1. Penayangan DST
2. Kuiz Teka Silang Kata IT



Jamuan Sambutan Aidilfitri PID Parit
Tarikh : 15 Oktober 2009 (Khamis)
Tempat: Pusat Internet Desa Parit
Masa : 11.00 pagi - 1.00 t/hari

Aktiviti yang dijalankan:
1. Promosi aktiviti PID dan KUS.
2. Jamuan Makan



Bengkel DST (Photo Story & Movie Maker)
Tarikh: 21 Oktober 2009
Tempat: Pusat Internet Desa Parit
Masa: 9.00 pagi - 1.00 t/hari

Aktiviti yang dijalankan:
1. Mengendalikan Bengkel DST


Bengkel Blog Peniagaan
Tarikh: 22 & 28 Oktober 2009
Tempat: Pusat Internet Desa Parit
Masa: 9.00 pagi - 1.00 t/hari


Aktiviti yang dijalankan:
1. Mengendalikan Bengkel Blog



Karnival Komuniti & KedaiKom
Tarikh: 24 Oktober 2009
Tempat: Stadium Bakri Rais, Bota
Masa: 8.00 pagi - 5.00 ptg
Turut Terlibat: Seluruh PID Perak iaitu PID Langkap, PID Tjg. Malim, PID Selama dan PID Kuala Kurau.

Aktiviti yang dijalankan:
1. Jualan Produk Tempatan
2. Pertandingan Melukis Logo 1Malaysia menggunakan MS paint




Menyertai Pameran di Hari Anugerah Kokurikulum 2009 & Sambutan 60 Tahun SMKIS
Tarikh: 11 November 2009
Tempat: Pusat Internet Desa Parit
Masa: 2.30 ptg - 5.00 ptg

Aktiviti yang dijalankan:
1. Pendaftaran kursus komputer.
2. Promosi PID dan KUS


Bengkel Asas Blog
Tarikh: 18-19 November 2009
Tempat: Pusat Internet Desa Parit
Masa: 2.30 ptg - 5.00 ptg

Aktiviti yang dijalankan:
1. Mengendalikan bengkel Asas Blog


Lain-lain aktiviti:
Aktiviti: Kursus eServices
Tarikh : 16-18 Jun dan 23-25 Jun 2009
Tempat : Pusat Internet Desa Parit
Masa : 9.00 pagi - 12.00 t/hari
Jumlah Peserta : 9 orang
Jumlah Jurulatih: 3 orang

Aktiviti yang dijalankan:
1. Modul ePembelajaran Topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengenalan konsep e-pembelajaran, i-teacher dan edunovice.
2. Modul eDagang Modul eDagang, ePerolehan, eLelong dan payment gateway.
3. Modul eKerajaan iaitu MyEG, MSC &MDEC dan virtual Malaysia.
4. Portal PID Penerangan mengenai Laman Utama Portal PID.
5. Treasure Hunt & Kuiz

Aktiviti: Bengkel Internet & Web 2.0
Tarikh : March, Mei, Ogos dan September
Tempat : Pusat Internet Desa Parit
Masa : 9.00 pagi - 12.00 t/hari
Jumlah Peserta: 54 orang

Aktiviti yang dijalankan:
Topik yang diperbincangkan adalah ekerajaan, minisite PID, pendaftaran online, email, eBanking, web hiburan dan penggunaan enjin carian.



Gambar-gambar aktiviti boleh didapati di http://www.flickr.com/photos/pidparit/


Bengkel Blog 18-19 Nov 2009

Posted by KUSPID Parit On Wednesday, December 9, 2009 0 comments

Oleh kerana telah mendapat permintaan, PID Parit sekali telah menganjurkan Bengkel Asas Blog yang mana para peserta adalah terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan, pelajar dan usahawanita. Bengkel berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang walaupun terdapat penarikan diri pada saat-saat akhir kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tarikh: 18-19 November 2009
Tempat: Pusat Internet Desa Parit
Masa: 2.30 ptg -5.00 ptg

Objektif:
Memperkenalkan kepada para peserta mengenai blog yang mana ia juga boleh dijadikan sebuah blog perniagaan. Ia percuma dan mampu menjana pendapatan sampingan. Blog juga mudah diurus dan ianya sesuai untuk mereka yang baru memulakan perniagaan online.


Peserta:

1. Hasri Bin Baharum (JKR)
2. Ros Darina Bt. Ahmad Tarmidi (MARA)
3. Nur Najihah Bt. Kamaruzzaman (Pelajar)
4. Nurdiyana Bt. Zainal Abidin (Pelajar IPTA)
5. Fadzilah Bt. Musa (Usahawanita)




Modul







Senarai kedatangan dan para peserta bengkel




Pemberian sijil penyertaan kepada semua peserta yang telah tamat kursus dengan jayanya






En. Hasri (JKR) dan Cik Ros Darina (MARA)






Diyana dan Najihah



Pameran di Hari Anugerah KoKurikulum 2009 Sek Iskandar Shah

Posted by KUSPID Parit On Monday, November 23, 2009 0 comments

Hari Anugerah Kokurikulum 2009
&
Sambutan 60 Tahun SMKIS

Pada : 11 November 2009
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tghari

PID Parit menyertai Hari Anugerah tersebut dalam membuat aktiviti pameran, pendaftaran kursus komputer dan ahli Kelab PID Parit.



Booth PID


Taklimat oleh Pengurus PID



Bersama dengan wakil dari jabatan kerajaan yang lain.










Bengkel DST & Bengkel Blog

Posted by KUSPID Parit On Monday, November 16, 2009 0 comments

Bengkel DST dan Bengkel Blog anjuran PID Parit telah diadakan pada 21-22 Oktober 2009 (Rabu dan Khamis) dan 28 Oktober 2009 bermula jam 9.00 pagi hingga 1 t/hari. Seramai 13 orang peserta dan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar sekolah, wanita, usahawan, belia dan kakitangan kerajaan. Penyertaan dikenakan bayaran RM 10 untuk setiap bengkel.

Photo Story dan Movie Maker digunakan di dalam pembelajaran bengkel DST ini. Manakala blogger digunakan dalam bengkel blog.

Di antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa bengkel diadakan.


Gambar semasa Bengkel DST



Khusyuknya...




Kehadiran peserta




Aktiviti Berkumpulan





Perbincangan sesama ahli kumpulan




Testing...testing 123..En. Megat Hatim mencuba mic untuk proses memasukkan suara dalam DST




Modul



Gambar Semasa bengkel Blog


Peserta Yang Menyertai Bengkel Blog


Peserta Bengkel Blog


Sesi suai kenal antara peserta


Ahli KUS Parit turut hadir dalam bengkel blog



Perserta dari wakil Pertubuhan Peladang
Kawasan




Ucapan ringkas dari Tim. Pengerusi PID (Tn. Hj. Idris). Terima kasih kepada beliau atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Objektif:
1. Sebagai salah satu aktiviti KUS sempena Minggu Keusahawanan Global.
2. Merapatkan jurang IT masyarakat desa khususnya.
3. Menjana ekonomi masyarakat setempat.


Karnival KedaiKom di Stadium Bakri Rais

Posted by KUSPID Parit On Tuesday, November 3, 2009 0 comments

Pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) lepas, PID Parit telah menyertai Karnival Komuniti dan KedaiKom Negeri Perak yang diadakan di Stadium Mini Bakri Rais di Bota Perak. Program ini dianjurkan oleh Persatuan KedaiKom Negeri Perak. Karnival ini turut disertai oleh PID-PID seluruh Perak iaitu dari PID Langkap, Selama, Kuala Kurau dan Tanjung Malim. Acara bermula dari jam 8 pagi - 5 petang. Pelbagai jualan produk Usahawan Tempatan dan acara berasaskan IT dilakukan disitu. Antara acara-acara yang kami dianjurkan ialah:-

Acara 1 : Menaip dengan pantas
Acara 2 : Mewarna 1 Malaysia menggunakan MS Paint
Acara 3 : Makan /Minum dengan Cepat
Acara 4 : Teka Silang Kata IT
Acara 5 : Teka Gula2 Dalam Balang
Acara 6 : Mimik Muka Paling Hodoh
Acara 7 : Kuiz Kira Matematik Menggunakan Kalkulator Komputer
Acara 8 : Kuiz Umum ICT/PID
Acara 9: Uji Minda (Permainan 2 Benua)
Agara 10: Games Cross Line





Melukis menggunakan MS Paint



Pantas Menaip


Kerjasama erat 5PID Perak...Syabas!!!

Berkerumun....semuanya menunggu giliran untuk pertandingan 2 Benua yang menguji minda.

Antara peserta bagi pertandingan Pantas Menaip



Jualan Produk

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua PID Perak yang bertungkus lumus dalam menggerakkan booth PID di Karnival ini.



Objektif:

Memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya masyarakat luar bandar berkaitan dengan peluang-peluang perniagaan dan kepentingan ilmu IT yang salah satunya dapat membantu memasarkan produk-produk tempatan.

Sesi Perjalanan:

Kesemua PID Perak bekerjasama turun padang untuk bantu menyiapkan booth seawal pagi pada jam 7.30 pagi. Setiap PID menjalankan aktiviti masing-masing mengikut jadual bagi menceriakan keadaan. Pelbagai hadiah lumayan ditawarkan untuk menarik pengunjung yang kelihatannya tidak putus-putus membanjiri booth pid.


Aktiviti yang dijalankan oleh PID Parit semasa di sana adalah Jualan Produk Usahawan Tempatan dan Pertandingan Melukis Logo 1Malaysia Menggunakan MS Paint. Berikut adalah senarai peserta:


Bil.

Nama

Umur

1.

Mohd Firdaus b. Azlan

11 tahun

2.

Nur Athyratul Aqila Bt. Abd Latir

12 tahun

3.

Nur Sabrina Madani Bt. Azhar

12 tahun

4.

Syafiqah Khadijah Bt. Azizi

11 tahun

5.

Mohammad Amirul B. Mohd Amin

13 tahun

6.

Mohammad Amirul Husaini B. Ahmad Kamal

12 tahun

7.

Muhammad Azham b. Abdul Hamid

12 tahun

8.

Ahmad Faizwan b. Baharuddin

12 tahun

9.

Mohd Amin b. Ali Piah

13 tahun

10.

Mohd Rashidi b. Abdul Rashid

13 tahun

11.

Mohd Imran

13 tahun

12.

Mohd Farmizi B. Rosli

10 tahun






















Sambutan Aidilfitri Pusat Internet Desa Parit

Posted by KUSPID Parit On Friday, October 30, 2009 0 comments

Memandangkan Hari Raya masih tinggal saki baki lagi, kami telahpun mengadakan Jamuan Hari Raya dan Hari Terbuka PID Parit pada 15 Oktober 2009 (Khamis) yang lalu. seramai hampir 150 orang yang datang menghadiri jamuan tersebut yang terdiri daripada Ahli Kelab KUSPID Parit dan pengguna PID Parit. Jabatan Kerajaan juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi jamuan ini.



Ucapan Tn. Hj. Idris (Tim. Pengerusi)


Ucapan daripada Pengurus- Cik Zarina.

AJK PID bersama bekas pengerusi PID yang sentiasa memberi sokongan kepada pid




Anggota Polis turut menghadirkan diri di PID


Pelbagai juadah disediakan



Sebahagian tetamu jemputan yang hadir.


Sebahagian daripada ahli Kelab KUSPID Parit

Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis kami dan diharap berpuas hati dengan makanan dan hidangan yang disediakan.

Tidak ketinggalan kepada PID Langkap dan Kuala Kurau yang sudi berkunjung ke majlis kami. Terima kasih daun keladi, kalau ada sponsor boleh buat lagi.


Tetamu Jemputan:

1. Ahli Jawatan Kuasa PID Parit
2. Ahli Kelab Usahawan PID Parit
3. Pelajar dan bekas pelajar PID Parit
4. Wakil PID Perak (Kuala Kurau dan Langkap)
5. Kakitangan Pos Cawangan Parit
6. Pengetua SMK Iskandar Shah Parit
7. Pengerusi Taman Parit Jaya
8. Kakitngan Klinik Komuniti Parit
9. Kakitangan Agro Bank Parit
10. Kakitangan Bomba & Penyelamat Parit
11. Kakitangan Polis
12. Kakitangan MARA Parit
13. Kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan Parit (PPK)
14. Kakitangan Rumah Rehat Chempaka Sari
15. Komuniti sekitar PID

tidak ketinggalan juga kehadiran tetamu khas iaitu bekas pengerusi Jawatankuasa PID iaitu Tn. Hj. Hisham bersama isteri kerana sudi datang ke PID walaupun jauh.














Hari Terbuka PID Parit dan PID Langkap

Posted by KUSPID Parit On 0 comments

Pada 11 Oktober 2009 bersamaan Hari Ahad yang lalu PID Parit dan PID Langkap bekerjasama di dalam menyertai Program Merakyatkan Seni Budaya 1Malaysia dan Program Merakyatkan Seni Budaya Sambutan Aidilfitri DUN Sungai Manik 2009 Anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di Langkap Perak. Berbagai acara yang dianjurkan oleh kami dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Penayangan DST, Menaip dengan Pantas, Teka Silang Kata dan Menganyam Ketupat disamping mempromosikan produk usahawan dan pembelajaran komputer.



Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama JASA dari Kementerian Penerangan Komunikai dan Kebudayaan yang sudi meminjamkan speaker kepada kami memandangkan suara tidak dapat kedengaran dengan jelas.

Objektif :
1. Untuk merapatkan kerjasama dua hala di antara PID Parit dan PID Langkap.
2. Mempromosi PID dan KUS kepada komuniti Langkap yang berkonsepkan 1Malaysia.
3. Bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri dan Seni Budaya ADUN Sungai Manik.

Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan.



Peserta lelaki yang tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pertandingan menganyam ketupat



Zarina dan Ana semasa memberi taklimat aktiviti



Belia bangsa Cina turut sama dalam pertandingan silang kata IT




Apa yang penting.....Kerjasama















Kelab Usahawan PID Parit

Posted by KUSPID Parit On Wednesday, October 28, 2009 0 comments


Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa Parit (PID). Ditubuhkan pada bulan Jun 2008. Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersil dan sosial.


Objektif Kelab Usahawan Sosial:

  1. Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka.
  2. Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial
  3. Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial.
  4. Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

Maklumat lanjut aktiviti KUS PID Malaysia sila layari http://malaysiakuspid.blogspot.com/


Subscribe to Feed