Hari Terbuka PID Parit dan PID Langkap

Posted by KUSPID Parit On Friday, October 30, 2009 0 comments
Pada 11 Oktober 2009 bersamaan Hari Ahad yang lalu PID Parit dan PID Langkap bekerjasama di dalam menyertai Program Merakyatkan Seni Budaya 1Malaysia dan Program Merakyatkan Seni Budaya Sambutan Aidilfitri DUN Sungai Manik 2009 Anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di Langkap Perak. Berbagai acara yang dianjurkan oleh kami dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Penayangan DST, Menaip dengan Pantas, Teka Silang Kata dan Menganyam Ketupat disamping mempromosikan produk usahawan dan pembelajaran komputer.


Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama JASA dari Kementerian Penerangan Komunikai dan Kebudayaan yang sudi meminjamkan speaker kepada kami memandangkan suara tidak dapat kedengaran dengan jelas.

Objektif :
1. Untuk merapatkan kerjasama dua hala di antara PID Parit dan PID Langkap.
2. Mempromosi PID dan KUS kepada komuniti Langkap yang berkonsepkan 1Malaysia.
3. Bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri dan Seni Budaya ADUN Sungai Manik.

Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan.



Peserta lelaki yang tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pertandingan menganyam ketupat



Zarina dan Ana semasa memberi taklimat aktiviti



Belia bangsa Cina turut sama dalam pertandingan silang kata IT




Apa yang penting.....Kerjasama














0 comments to Hari Terbuka PID Parit dan PID Langkap

Post a Comment

Subscribe to Feed