MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 2010

Posted by KUSPID Parit On Thursday, June 10, 2010 0 comments
Alhamdulillah Pusat Internet Desa Parit telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Sijil kepada 26 orang peserta Kursus Asas Komputer. Ini merupakan peserta kumpulan pertama bagi tahun 2010. Sijil-sijil telah disampaikan oleh Tn. Hj. Idris b. Adam selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Internet Desa Parit. Tidak lupa juga pemberian Sijil Anugerah Khas kepada En. Jamaludin b. Jein yang telah memenangi tempat pertama kategori Usahawan Sosial Baru PID 2009. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada AJK PID yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan majlis ini. Jamuan tengahari adalah disumbangkan oleh YB Drs Mohd Nizar b. Hj. Zakaria selaku Ahli Parlimen Parit. Beliau tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis kerana ketika itu beliau masih lagi berada di pengairan yang terlibat dalam Misi Bantuan Fortilia.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta!!!







Pemberian sijil kepada salah seorang peserta













0 comments to MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 2010

Post a Comment

Subscribe to Feed