&
Sambutan 60 Tahun SMKIS
Pada : 11 November 2009
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tghari
PID Parit menyertai Hari Anugerah tersebut dalam membuat aktiviti pameran, pendaftaran kursus komputer dan ahli Kelab PID Parit.
Blog ini memaparkan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet Desa Parit, Perak.
Bengkel DST dan Bengkel Blog anjuran PID Parit telah diadakan pada 21-22 Oktober 2009 (Rabu dan Khamis) dan 28 Oktober 2009 bermula jam 9.00 pagi hingga 1 t/hari. Seramai 13 orang peserta dan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar sekolah, wanita, usahawan, belia dan kakitangan kerajaan. Penyertaan dikenakan bayaran RM 10 untuk setiap bengkel.
Photo Story dan Movie Maker digunakan di dalam pembelajaran bengkel DST ini. Manakala blogger digunakan dalam bengkel blog.
Di antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa bengkel diadakan.
Pantas Menaip
Objektif:
Memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya masyarakat luar bandar berkaitan dengan peluang-peluang perniagaan dan kepentingan ilmu IT yang salah satunya dapat membantu memasarkan produk-produk tempatan.
Sesi Perjalanan:
Kesemua PID Perak bekerjasama turun padang untuk bantu menyiapkan booth seawal pagi pada jam 7.30 pagi. Setiap PID menjalankan aktiviti masing-masing mengikut jadual bagi menceriakan keadaan. Pelbagai hadiah lumayan ditawarkan untuk menarik pengunjung yang kelihatannya tidak putus-putus membanjiri booth pid.
Aktiviti yang dijalankan oleh PID Parit semasa di sana adalah Jualan Produk Usahawan Tempatan dan Pertandingan Melukis Logo 1Malaysia Menggunakan MS Paint. Berikut adalah senarai peserta:
Bil. | Nama | Umur |
1. | Mohd Firdaus b. Azlan | 11 tahun |
2. | Nur Athyratul Aqila Bt. Abd Latir | 12 tahun |
3. | Nur Sabrina Madani Bt. Azhar | 12 tahun |
4. | Syafiqah Khadijah Bt. Azizi | 11 tahun |
5. | Mohammad Amirul B. Mohd Amin | 13 tahun |
6. | Mohammad Amirul Husaini B. Ahmad Kamal | 12 tahun |
7. | Muhammad Azham b. Abdul Hamid | 12 tahun |
8. | Ahmad Faizwan b. Baharuddin | 12 tahun |
9. | Mohd Amin b. Ali Piah | 13 tahun |
10. | Mohd Rashidi b. Abdul Rashid | 13 tahun |
11. | Mohd Imran | 13 tahun |
12. | Mohd Farmizi B. Rosli | 10 tahun |
Memandangkan Hari Raya masih tinggal saki baki lagi, kami telahpun mengadakan Jamuan Hari Raya dan Hari Terbuka PID Parit pada 15 Oktober 2009 (Khamis) yang lalu. seramai hampir 150 orang yang datang menghadiri jamuan tersebut yang terdiri daripada Ahli Kelab KUSPID Parit dan pengguna PID Parit. Jabatan Kerajaan juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi jamuan ini.
Pelbagai juadah disediakan
Sebahagian tetamu jemputan yang hadir.Pada 11 Oktober 2009 bersamaan Hari Ahad yang lalu PID Parit dan PID Langkap bekerjasama di dalam menyertai Program Merakyatkan Seni Budaya 1Malaysia dan Program Merakyatkan Seni Budaya Sambutan Aidilfitri DUN Sungai Manik 2009 Anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di Langkap Perak. Berbagai acara yang dianjurkan oleh kami dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Penayangan DST, Menaip dengan Pantas, Teka Silang Kata dan Menganyam Ketupat disamping mempromosikan produk usahawan dan pembelajaran komputer.
Objektif Kelab Usahawan Sosial:
Maklumat lanjut aktiviti KUS PID Malaysia sila layari http://malaysiakuspid.blogspot.com/